Peristiwa letusan Tasik Laacher

Panorama Tasik Laacher Peta kawasan di sekitar Tasik Laacher

Volkanisme di Jerman boleh dijejak semula sejarahnya selama berjuta-juta tahun, berkaitan dengan perkembangan Sistem Rekahan Senozoik Eropah yang berpunca dari perlanggaran plat Afrika dan plat Eurasia, tetapi letusan tersebut tertumpu sewaktu berlakunya pemuatan dan pemunggahan ais semasa kemaraan dan pengunduran glasier.

Letusan terawal Tasik Laacher yang berlaku pada akhir musim bunga atau awal musim panas, meratakan pokok sehingga empat kilometer jauhnya. Magma itu membuka laluan ke permukaan yang meletus selama kira-kira sepuluh jam, dengan kepulan asap yang mungkin mencapai setinggi 35 kilometer. Aktiviti letupan tersebit terus berlaku selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya, menghasilkan arus piroklastik yang meliputi lembah sehingga sepuluh kilometer jauhnya dengan tefra melekit. Berhampiran dengan kawah terdapat mendapan mencapai ketebalan lebih daripada lima puluh meter, dan walaupun jarak dari letusan tersebut sudah mencecah lima kilometer jauhnya tetapi ketebalan mendapan tersebut masih mencecah sepuluh meter. Semua tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang berada dalam jarak kira-kira enam puluh kilometer ke arah timur laut dan empat puluh kilometer ke arah tenggara pasti telah hancur dan mati.[7] Anggaran isi padu magma meletus mencecah 6 km3 (1.4 bt3)[8] yang menghasilkan sekitar 16 km3 (3.8 bt3) tefra.[9] Justeru, letusan Plinian yang gergasi ini mempunyai Indeks Letupan Gunung Berapi berskala 6.

Mendapan tefra daripada letusan itu telah membendung aliran sungai Rhine dan mencipta tasik seluas 140 km2 (50 bt2). Apabila bendungan air tersebut pecah, banjir besar melanda kawasan hilir sehingga meninggalkan mendapan sejauh ke wilayah Bonn.[8][10] Runtuhan bendungan air itu telah dikenal pasti di kawasan seluas lebih 300,000 kilometer per segi, membentang dari kawasan tengah Perancis ke utara Itali, dan dari kawasan selatan Sweden sehingga ke Poland, menjadikannya alat yang tidak ternilai untuk menghubungkait kronologi lapisan arkeologi dan persekitaran paleo di seluruh kawasan itu. [11]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Tasik Laacher http://geosociety.org/meetings/2011munich/fieldTri... http://www.therafoundation.org/articles/volcanolog... https://books.google.com/books?id=gwVQwrwendQC&pg=... https://translate.google.com/translate?hl=en&sl=de... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/1995E&PSL.133..1... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/1997NW.....84..5... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/1999QuInt..61...... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2002QuRes..58..2... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2004JPet...45.21... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2008PPP...270..1...